Saturday, August 22, 2009

Rombongan Mufti Umno Kempen Di Mesir
Date: Sunday, August 16 @ 02:00:00 MYTTopic: Artikel


Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.
Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA."Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya'.

AKMAL KAMARUDINKetua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak






YB Jamaludin Radzi dan YB Osman Jailu tersenyum lebar dapat makan angin bersama Mufti Perak di Mesir







Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.



Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang.


Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.
Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009Destinasi : Mesir, Syria, Jordan




p/s
Segala yang baik datang dari ALLAH swt.
yang buruk datang dari Be End

Monday, August 17, 2009

MIC ketandusan pemuda




Had umur Pemuda MIC dilanjut 40 kepada 45 tahun
KUALA LUMPUR: Had umur bagi menjadi ahli Pemuda MIC serta pemegang jawatan dalam sayap kanan parti itu akan dilanjutkan daripada 40 tahun kepada 45 tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertainya, kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, hari ini.Beliau berkata melalui langkah itu MIC akan mempunyai lebih ramai anggota muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.Katanya, sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan pada perlembagaan MIC telah menyiapkan laporannya untuk dibentangkan pada Persidangan Perwakilan MIC ke-63 pada 12 September untuk mendapatkan kelulusan perwakilan.“Usaha ini penting supaya MIC bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di mana lebih dua juta pengundi baru dari golongan muda dijangka mengundi buat pertama kalinya,” katanya ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC ke-63 di sini.Walaupun Samy Vellu tidak menyatakan rasional melanjutkan had umur Pemuda, tetapi menurut seorang pegawai MIC, ia adalah berdasarkan kepada fakta bahawa wujud Pergerakan Putera dalam MIC sekarang yang juga mensasarkan golongan muda.Samy Vellu juga berkata permohonan keanggotan dalam MIC akan diperluaskan melalui ’online’ selepas mendapati ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi yang ingin menjadi anggota mendapati sukar berbuat demikian kerana beberapa halangan tertentu. - Bernama

Ketua Pemuda MIC banyak tanggachi suka o...Mana suma worang muda India suda pigi? MIC tada worang muda la woi....

Thursday, August 13, 2009

“Ayuh cabar saya” – Anwar
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Setiap wajah jelas menampakkan reaksi ingin tahu. Bukan satu, bukan juga puluhan, malah bukan jua ratusan tetapi ribuan membanjiri lokasi ceramah untuk mendengar sendiri daripada Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Isu khianat menjadi tumpuan. Semua yang hadir menanti apakah jawapan Anwar terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno sejak kebelakangan ini.
Beralaskan akhbar lama, ada yang baru, masing-masing mencari tempat strategik untuk mendengar sendiri jawapan daripada mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
“Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?,” soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.
“Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu,” tambah Anwar lagi.
Beliau menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau.
Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.
“Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?” soal Anwar.
Sebaliknya Anwar menegaskan Umno dan BNlah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.
“Orang Melayu diperbodohkan kerana Umno hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya,” ujar Anwar.
Beliau juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.
“1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382…siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,”jelasnya.
“Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,”soal Anwar lagi.

Sumber : ourglobal Ogos 13, 2009

Tuesday, August 4, 2009

Terima Kasih...



Dewan Pemuda Kg Rasau mengucapkan ribuan terima kasih kepada peceramah iaitu,Ustaz Kamal Ashaari,Ahmad Sabki Yusuf ,Ketua Pemuda Pas Johor Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil serta saf-saf kepimpinan Tg malim.

Ribuan terima kasih kepada Unit Amal Tg Malim kerana berjaya menjaga keselamatan semasa ceramah BUBUR DUN dijalankan.



Ketua Pemuda Kg Rasau